the blog owner

hi there!
yeah, you over there...i write about my life in this blog..just expressing my feeling and share stories with others here..so, feel free to read my blog anytime and leave some comments or just say hi here...thanks for reading...=)




Monday, July 16, 2012

puasa dan kencing manis

salam semua...
apa khabar semua? sedar tak sedar tinggal kurang dari seminggu lagi nak puasa.. teringat pula kata-kata penceramah diskusi ramadhan semalam, 
'orang selalu lupa atau tak nampak ramadhan, semua nampak 1 syawal ja'
anda macam tu ke? ada juga kan...biasala tu... saya pun sama.. kita ni kadang-kadang perlu diingatkan.. saya juga ingin mengingatkan diri sendiri.. jangan lupa bulan ramadhan yang penuh dengan rahmat ni.. kita tak tahu lagi kita akan bertemu lagi ke bulan ramadhan ni kan... so jangan sia-sia kan peluang yang ada...

apa ni, puasa pun tak lagi, da cakap-cakap pasal puasa... lepas tu apa kena-mengena pula dengan kencing manis? haha... jangan risau... saya sihat walafiat lagi.. cuma boleh dikatakan silap hari bulan boleh jadi kencing manis sebab terlampau banyak minum manis.. kenapa banyak minum manis pula puasa-puasa ni? sebab saya bakal jadi taukeh air sepanjang bulan puasa ni... tiba-tiba pula berbisnes jual air puasa ni... entah dari mana datang ilham.. sepupu ajak, kebetulan cuti dua bulan menganggur.. apa salahnya bisnes.. dapatlah menggunakan skill-skill yang telah dipelajari dalam subjek entrepreneurship/keusahawanan yang pernah saya ambil masa diploma dulu..tak sia-sia belajar... :)

gambar dari encek google

pening juga kepala planning bisnes.. ini baru jual air kat bazar ramadhan.. belum lagi tubuhkan syarikat ke... tak apa, belajar dari bawah kan.. first experience ni.. agak takut juga... tapi nak berniaga kenalah berani ambil risiko kan.. dah adat berniaga.. harap-harap perniagaan berjalan lancar sepanjang ramadhan ni... insyaallah.. 

dan kalau air tak habis dijual, untuk mengurangkan probability menghidap kencing manis, kedua-dua taukeh telah bersetuju untuk menyedekahkan air-air tersebut ke surau sahaja.. kan itu lebih baik... kami pun tak larat da nak minum.. so, insyaallah tak kencing manis kot saya... hehe...

inilah hasil dari air jagung yang kami dah tak larat nak minum. siapa nak? hehe... :P

sekian, terima kasih kerana sudi membaca..

p.s. kurangkan manis dalam minuman lebihkan manis dalam senyuman.. :)

Tuesday, April 3, 2012

portuguese grill

salam semua...
how was your day?
mine is as usual.. bila start hari isnin da tak sabar pula menuggu weekends.. hehe... biasalah, manusia macam tu la... anyway, ni saya nak cerita.. last week, hari jumaat, i went to mid valley... member ajak, tengok wayang... jauhnye kan tengok wayang.. semua orang pertikai.. tapi senang dari segi transportation... buat yang naik public transportation  macam kami ni la... hehe... yang buat bestnye lagi, wayang kat gsc sana rm8 je weyh... for student la... tak pernah dapat wayang semurah tu kat semenanjung ni.. ada rupanya... tapi  masih tidak mampu melawan kemurahan wayang di growball kota kinabalu, rm5 je kot... hehe... hari tu tengok citer mirror mirror.. bolehlah... still menghiburkan.. tapi yang jadi highlights for that day is the portuegese grill.. yumyum! sesiapa yang pergi mid valley must try food at this stall... jom kita tengok~

ikan grill

sotong grill

macam mana? da kecur air liur? haha... the other day, saya makan ikan pari and sotong and it cost me about rm8.90, served with rice.. oklah.. not bad... for seafood dekat area kl kan... if u pick one type of seafood je, it only cost you rm6.90...  tapi seriously, memang sedap... dihidang panas-panaas... perah sikit limau.. memang delicious la... seafood kat sini pun banyak pilihan, ada udang, sotong, lala and ikan berbagai jenis la... for seafood lover, pergilah try.. tak rugi... gerai ni pun memang sentiasa ramai orang.. nampak sangat laku kan..hehe... terima kasih kepada kawan yang memperkenalkan.. hehe...



menu yang banyak pilihan.. sila-sila la pilih yang mana anda suka... :)
stall ni terletak di oasis foodcourt di mid valley megamall... hari tu makan siap rasa nak tapau bawa balik rumah lagi...  haha... sedap sangat..

itu sahaja untuk kali ini...
saja berkongsi.. hehe...
harap anda enjoy...
terima kasih kerana sudi membaca... :)

p.s. gambar ambil dari google je... tak sempat nak ambik gambar... da habis makanan kat pinggan... haha.. :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click here! =)