the blog owner

hi there!
yeah, you over there...i write about my life in this blog..just expressing my feeling and share stories with others here..so, feel free to read my blog anytime and leave some comments or just say hi here...thanks for reading...=)




Monday, November 21, 2011

bahasa sabah

salam semua...
how was your weekends? saya banyak bermalasan je... haha... apala nak jadi dengan kau ni azreeyah, orang pergila belajar time cuti-cuti macam ni... tak apa, apa salahnya beristirehat setelah penat memerah otak semasa kelas kan... kononnye la... haha... ok, ignore about that.. hari ni nak cerita lain...

tadi, adalah salah seorang kenalan saya semasa diploma dulu, private message saya di facebook... pelik juga,sebab dia jarang message saya... rupa-rupanya nak bertanyakan sesuatu... katanya dalam klasnya yag sekarang ni ramai budak sabah... dia minta saya ajar cakap sabah.. saya pun cakapla, mintala dorang ajar... nak ajar dari jauh macam susah kan... dia cakap dorang tak nak ajar... lepas tu katanya nak tahu juga kalau dorang ada kutuk dia ke tapi dia tak faham... hai, ke situ pula fikirannya.. apa-apa je la kan... so, saya pun bagilah aricle yang saya jumpa di wikipedia berkenaan bahasa sabah... boleh klik sini kalau nak tengok... :)

marilah saya bercakap sedikit tentang bahasa sabah ni... bahasa melayu sabah ni sebenarnya lebih kurang ja dengan bahasa melayu biasa... cuma cara penggunaan, percakapan dan slang yang berbeza... terdapat juga perkataan yang berbeza.. bahasa melayu sabah juga dipengaruhi oleh tempat... terdapat tempat yang bahasa mereka dipengaruhi oleh bahasa brunei dan bas filipina... kalau saya sendiri, disebabkan ayah saya berbangsa melayu brunei, percakapan keluarga ayah saya lebih kepada bahasa brunei... sebelah mak saya pula, disebabkan dia berbangsa jawa, percakapannya lebih kepada bahasa jawa, lebih kurang macam indon pun ada... even datuk saya, yang saya panggil kakek memang bercakap macam orang indon... anak-anaknya je cakap bahasa melayu biasa tapi faham la juga bahasa jawa kan... saya pula, disebabkan tinggal di kawasan bandar, lebih banyak bercakap bahasa melayu sabah biasa sahaja... tapi masih fahamlah bahasa brunei and jawa ni... kadang-kadang perkataan dari bahasa brunei dan jawa ni kami gunakan juga bersama bahasa melayu sabah...

perkataan yang biasa digunakan dalam bahasa melayu sabah dan maksudnya :
1. bida  - buruk
    cth : ish, bida nya baju kau.

2. bubut - kejar
    cth : jom kita main bubut-bubut (main kejar-kejar)

3. palui - bodoh
    cth : palui punya orang. 

4. limpas - lalu
    cth : boleh saya limpas? ( lebih kurang macam tumpang lalu la)

5. sandi - teruk
    cth : sandi juga kau ni. (teruk la kau ni)


saya bagi 5 je la... yang sangat-sangat common... yang seterusnya pula perkataan dari bahasa brunei tapi selalu juga digunakan dalam bahasa melayu sabah biasa.. 

1. sungkai - buka puasa

2. kuyuk - anjing

3. kepayas - betik/papaya

yang saya kenal pasti ini la.. padahal  banyak lagi ni... kadang-kadang ada juga perkataan brunei yang saya pun tak tahu maksudnya... banyak sangat la... ini belum lagi masuk bahasa kadazandusun... saya pun tak tahu sangat bahasa kadazandusun ni... sikit-sikit tau la... 

lastly, i love sabah!

thats all for now...
tak larat la saya hari ni...
thanks for reading...
have a great weekends... :)

p.s. badan sakit-sakit setelah berjoging dari uitm ke tasik seksyen 2... adui~

Sunday, November 13, 2011

my holidaysss~

hello peeps!
salam semua..
its turns out that i'm sooo lazy to write any entry during my week holidays.. i was preoccupied doing nothing... haiyoo~

semalam baru kelam kabut nak ke hep segala... da the last day of the week baru nak pergi, terukla kau ni azreeyah... bukan setakat the last day, the last moment baru nak pergi, nak dekat pkul 5.00 petang da... memang totally a last minute person la... da la tak tahu tempat, sorang-sorang pula tu.. aish, tawakal je la... yelah, budak baru la katakan kat shah alam ni... menara SAAS pun tak tahu macam mana nak pergi... first time la kiranya pergi semalam... padahal, the other day ayah ada tanya juga, da pergi menara? aiyoo, bapa, saya tahula bapa tu ex student uitm shah alam ni, dulu semua kelas dekat-dekat situ... sekarang ni lain, kelas dekat fakulti ja... so, saya ni sangatla jarang ke mana-mana selain kompleks kejuruteraan tu... kan baru 2 bulan duduk sini... nampak sangat malas... haha...

tak apa, bila explore sendiri baru best... haha... da tahu da apa yang ada di sana... ada pejabat pos, affin bank, kedai buku, library, dewan sri budiman dan dewan annexe pun kat sana... padahal sebelum ni pernah je  sampai dewan sri budiman dan annexe tu cuma dari pintu depan la.. yang ni pandangan dari pintu belakang.. apa da... patutla macam familiar je tempat ni... haha...

so, two things yang betul-betul menarik minat saya dekat area menara saas ni adalah :

1. Galeri uitm

on the way nak ke hep tu, comfirmla kena lalu galeri uitm.. ok, saya baru tahu ada galeri kat uitm ni... sedih nye la... yelah, macam mana la nak tahu, tak ada pun tulis dalam laman web uitm ke... kalau ada, da lama saya pergi tau... sebab masa form 5 dulu saya pernah pergi galeri macam ni, which is galeri UMS (universiti malaysia sabah)... masa tu saja di bawa melawat ke sana supaya budak-budak sekolah ni tanam azam la nak ke menara gading... saya masih teringat, masa saya melihat jubah-jubah konvokesyen ums tu buat kali pertama, tak terfikir pun saya akan memakai jubah konvokesyen satu hari nanti... memanglah berharap, tapi tak terfikir saya akan sampai ke tahap tu... sekarang macam tak percaya pula saya da bergelar siswazah... alhamdulillah.. =)

galeri ni memaparkan tentang sejarah uitm dan juga segala pencapaian uitm... kalau nak cerita panjang, sampai esok pun tak habis... haha... jom kita tengok...


ekspedisi pelajar uitm mendaki gunung everest
hamparan akhbar yang memaparkan tentang kejayaan-kejayaan uitm
inilah antara yang menarik minat saya dalam galeri tu... saya paling suka yang keratan-keratan akhbar tu... semua pasal uitm... kebanyakan keratan ni dari zaman 80an.. terus terfikir, nanti konvo nak bawa ayah datang sini la, mesti dia suka, mengimbas kenangan lama dia... haha... insyaallah... 

gambar-gambar ni bukan saya yang ambil, ambil dari encik google sahaja... sebab hari tu masuk da agak lewat... da nak tutup pun masa tu... takut pula kot-kot orang jaga galeri tu tak perasan saya ada kat dalam lagi, kunci pintu tu... tak mahulah duduk dalam tu semalaman... it's scary okay dengan mannequin semua tu... teringat cerita night at the museum... tapi itu okla lagi... kalau hantu, tak mau la... huhu...


2. Terowong wajah-wajah uitm

saya da lama nak tengok terowong ni... first time saya tengok adalah dalam gambar... masa tu adalah syarikat photography tunjuk contoh gambar yang diorang ambil untuk student.. kiranya nak promote la kan kat saya... saya pun tanyalah kawan saya, tempat ni kat mana? dia cakap kat uitm shah alam... okay, masa tu masih lagi bergelar pelajar uitm perlis, tak pernah pun ke uitm shah alam... tapi memang tempat ni cantik, saya suka... then, bila ada kawan saya tunjuk arah macam mana nak ke hep, dia ada cakap, 
nanti lalu lorong yang ada gambar banyak-banyak tu
okay, this is it.. rupanya terowong tu ada kat situ... so, semalam inilah yang saya jumpa...
cantik... *gasping*
sebenarnya gambar-gambar dalam terowong ni adalah koleksi gambar uitm sepanjang 50 tahun... ia dibina sempena ulangtahun uitm yang ke 50 iaitu pada tahun 2006... secara amnya itu je la saya tahu... tak sempat pun nak tengok setiap satu gambar ni... banyak kot.. ada dalam 1000 kot... ini pun ambil gambar dari encik google... kamera fon saya rasanya tak mampu nak ambil gambar sebagus ini... tapi nantila saya try... haha...


selepas selesai urusan, saya bergegas ke perhentian bas sebab langit kelihatan semakin kelabu... tapi tak apa, da bawa payung dah... hari ini bercadang nak ke seksyen 7 pula, da boring makan di seksyen 2... first time pula naik bas ke seksyen 7, selama ni berjalan kaki je, exercise sikit.. kali ni nak berjalan kaki apanya dari menara saas tu... haha...

hari ni berjalan sekitar area jakel yang besar gedabak tu... situ tak pernah ronda pun.. singgah sebentar ke al-ikhsan, kasut murah-murah... ada handbag murah juga.. okay,stop.. baru je beli beg and kasut kan... haha... motif sebenar ke seksyen 7 ialah untuk makan... so, makanla saya di sana... saya makan di sini seperti yang tertera di gambar di bawah meskipun bau sedap dari subway telah menggamit saya... memikirkan saya baru sahaja menjamah subway beberapa hari yang lalu, saya pun memilih la restoran dibawah ni memandangkan tak pernah makan di sini... why dont i give it a try kan... =)

rasamas restaurant

siap bagi crossword for me to kill some time while waiting for me food.


nampak sedap kan~
#tetiba lapar di tengah malam ni... -_-'

restoran rasamas ni boleh tahan la juga.. i ordered Hainanese Chicken Chop with Breaded Wedges... saja pilih masakan western... tak terasa nak makan nasi... padahal sepanjang cuti ni jarang juga makan nasi ni... i think dalam 3, 4 kali je membaham nasi... ikut je la... janji makan... wedges okay, coleslaw tak berapa sedap sangat, tapi habis juga oleh saya... haha.. hainanese chicken chop ni, yang specialnya disalut dengan telur goreng lagi... and then, it have gravy sweet and sour... bagi saya rasanya biasa je... tapi bila anda makan ayamnya, memang sedap la... thumbs up! memang ayam rasamas ni sedap... yelah bayangkan je la, rasamas ni syarikat ayamas juga... siapa yang tak kenal syarikat ayamas yang menghasilkan produk berasaskan ayam yang sedap-sedap? yang ada rancangan masakan yang dihoskan oleh chef wan? mustahil tak sedap kan... nanti nak try menu lain pula la... nak tengok sedap ke tak... hehe...

lastly, back to hostel, bawa kucng naik lift... macam ni la orang yang takde kerja time cuti... haha... kesian tengok kucing-kucing ni tak makan lagi... so saja belikan diorang makanan sempena cuti seminggu ni... hee...

makan dengan bersungguh-sungguh... lapar la tu... 

muka kepuasan..puas ke? =P

that's all...
banyak juga kan...
macam ni la kalau da membebel panjang...
thanks for reading this...

p.s. jangan tekan link rasamas malam-malam buta ni... saya tidak bertanggunggjawab di atas rasa kelaparan anda selepas melihat ayam panggang di homepage tu... haha...

Saturday, November 5, 2011

flats lover must have

hello peeps!
salam...
its the beginning of weekends and raya haji is just around the corner.. for college students, happy holiday, its the mid term break! have fun guys! i'm going to publish more entry during this week maybe... if i am able to pause whatever i'm doing... haha... because i always get carried away with games and novels... hee~

ok, back to business... today evening, after saying goodbye to my friend who going back for holiday, i went to sacc mall...the pronounciation is 'sexy' mall... as in SAC-C... haha... i wonder who came up with that... well its easier to pronounce right... i went out just to stock up my food... well, i'm staying in hostel for this one-week holiday, got to be preparela with lot of food in case i'm lazy to find food during the day... haha... its a routine for every holiday here... things that i must buy - bread, tuna, tom yam maggie, eggs, sphagetti, sphagetti sauce, cereal, milk and more... in other words, anything that i can cook at my room la... haha...

since studying in shah alam and got excess to malls and shopping paradise, i'm getting crazier towards these two things : shoes and bags... so, i would always stop at shop that have shoes or bags that caught my attention... same as today, i saw a lot of flats... not in shop, at the promotion area... pretty and cute flats... i was gasping looking at it... eventough i'm not really into flats... but i would like to have one of these... hee~ its sooo cute... its the tiamo flats...  each cost around rm49-rm139.... these what i saw...

panda flats
flagged flats
key and padlock flats
cute and simple. come with variety of colours.
cuties
i like this! badges flats.


cute right...which one you like best? hehe... for more info about tiamo, you can read about it here... you can also find tiamo on facebook, click here... lastly, take a  look at these..




more choices at the shop... make me want more... the shop can be found at the gardens and sunway pyramid.. i thought of buying one of these.. its looks comfortable and worth my money... need to throw away my old crocs that already slippery..if not, i might end up on the floor wearing it one day... haha...

that for now...
see you all in next entry...
thanks for reading this.. ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click here! =)