my holidaysss~
hello peeps!
salam semua..
its turns out that i'm sooo lazy to write any entry during my week holidays.. i was preoccupied doing nothing... haiyoo~
1. Galeri uitm
that's all...
banyak juga kan...
macam ni la kalau da membebel panjang...
thanks for reading this...
p.s. jangan tekan link rasamas malam-malam buta ni... saya tidak bertanggunggjawab di atas rasa kelaparan anda selepas melihat ayam panggang di homepage tu... haha...
salam semua..
its turns out that i'm sooo lazy to write any entry during my week holidays.. i was preoccupied doing nothing... haiyoo~
semalam baru kelam kabut nak ke hep segala... da the last day of the week baru nak pergi, terukla kau ni azreeyah... bukan setakat the last day, the last moment baru nak pergi, nak dekat pkul 5.00 petang da... memang totally a last minute person la... da la tak tahu tempat, sorang-sorang pula tu.. aish, tawakal je la... yelah, budak baru la katakan kat shah alam ni... menara SAAS pun tak tahu macam mana nak pergi... first time la kiranya pergi semalam... padahal, the other day ayah ada tanya juga, da pergi menara? aiyoo, bapa, saya tahula bapa tu ex student uitm shah alam ni, dulu semua kelas dekat-dekat situ... sekarang ni lain, kelas dekat fakulti ja... so, saya ni sangatla jarang ke mana-mana selain kompleks kejuruteraan tu... kan baru 2 bulan duduk sini... nampak sangat malas... haha...
tak apa, bila explore sendiri baru best... haha... da tahu da apa yang ada di sana... ada pejabat pos, affin bank, kedai buku, library, dewan sri budiman dan dewan annexe pun kat sana... padahal sebelum ni pernah je sampai dewan sri budiman dan annexe tu cuma dari pintu depan la.. yang ni pandangan dari pintu belakang.. apa da... patutla macam familiar je tempat ni... haha...
so, two things yang betul-betul menarik minat saya dekat area menara saas ni adalah :
on the way nak ke hep tu, comfirmla kena lalu galeri uitm.. ok, saya baru tahu ada galeri kat uitm ni... sedih nye la... yelah, macam mana la nak tahu, tak ada pun tulis dalam laman web uitm ke... kalau ada, da lama saya pergi tau... sebab masa form 5 dulu saya pernah pergi galeri macam ni, which is galeri UMS (universiti malaysia sabah)... masa tu saja di bawa melawat ke sana supaya budak-budak sekolah ni tanam azam la nak ke menara gading... saya masih teringat, masa saya melihat jubah-jubah konvokesyen ums tu buat kali pertama, tak terfikir pun saya akan memakai jubah konvokesyen satu hari nanti... memanglah berharap, tapi tak terfikir saya akan sampai ke tahap tu... sekarang macam tak percaya pula saya da bergelar siswazah... alhamdulillah.. =)
galeri ni memaparkan tentang sejarah uitm dan juga segala pencapaian uitm... kalau nak cerita panjang, sampai esok pun tak habis... haha... jom kita tengok...
ekspedisi pelajar uitm mendaki gunung everest |
hamparan akhbar yang memaparkan tentang kejayaan-kejayaan uitm |
inilah antara yang menarik minat saya dalam galeri tu... saya paling suka yang keratan-keratan akhbar tu... semua pasal uitm... kebanyakan keratan ni dari zaman 80an.. terus terfikir, nanti konvo nak bawa ayah datang sini la, mesti dia suka, mengimbas kenangan lama dia... haha... insyaallah...
gambar-gambar ni bukan saya yang ambil, ambil dari encik google sahaja... sebab hari tu masuk da agak lewat... da nak tutup pun masa tu... takut pula kot-kot orang jaga galeri tu tak perasan saya ada kat dalam lagi, kunci pintu tu... tak mahulah duduk dalam tu semalaman... it's scary okay dengan mannequin semua tu... teringat cerita night at the museum... tapi itu okla lagi... kalau hantu, tak mau la... huhu...
2. Terowong wajah-wajah uitm
saya da lama nak tengok terowong ni... first time saya tengok adalah dalam gambar... masa tu adalah syarikat photography tunjuk contoh gambar yang diorang ambil untuk student.. kiranya nak promote la kan kat saya... saya pun tanyalah kawan saya, tempat ni kat mana? dia cakap kat uitm shah alam... okay, masa tu masih lagi bergelar pelajar uitm perlis, tak pernah pun ke uitm shah alam... tapi memang tempat ni cantik, saya suka... then, bila ada kawan saya tunjuk arah macam mana nak ke hep, dia ada cakap,
nanti lalu lorong yang ada gambar banyak-banyak tu
okay, this is it.. rupanya terowong tu ada kat situ... so, semalam inilah yang saya jumpa...
cantik... *gasping* |
sebenarnya gambar-gambar dalam terowong ni adalah koleksi gambar uitm sepanjang 50 tahun... ia dibina sempena ulangtahun uitm yang ke 50 iaitu pada tahun 2006... secara amnya itu je la saya tahu... tak sempat pun nak tengok setiap satu gambar ni... banyak kot.. ada dalam 1000 kot... ini pun ambil gambar dari encik google... kamera fon saya rasanya tak mampu nak ambil gambar sebagus ini... tapi nantila saya try... haha...
selepas selesai urusan, saya bergegas ke perhentian bas sebab langit kelihatan semakin kelabu... tapi tak apa, da bawa payung dah... hari ini bercadang nak ke seksyen 7 pula, da boring makan di seksyen 2... first time pula naik bas ke seksyen 7, selama ni berjalan kaki je, exercise sikit.. kali ni nak berjalan kaki apanya dari menara saas tu... haha...
hari ni berjalan sekitar area jakel yang besar gedabak tu... situ tak pernah ronda pun.. singgah sebentar ke al-ikhsan, kasut murah-murah... ada handbag murah juga.. okay,stop.. baru je beli beg and kasut kan... haha... motif sebenar ke seksyen 7 ialah untuk makan... so, makanla saya di sana... saya makan di sini seperti yang tertera di gambar di bawah meskipun bau sedap dari subway telah menggamit saya... memikirkan saya baru sahaja menjamah subway beberapa hari yang lalu, saya pun memilih la restoran dibawah ni memandangkan tak pernah makan di sini... why dont i give it a try kan... =)
rasamas restaurant |
siap bagi crossword for me to kill some time while waiting for me food. |
nampak sedap kan~ #tetiba lapar di tengah malam ni... -_-' |
restoran rasamas ni boleh tahan la juga.. i ordered Hainanese Chicken Chop with Breaded Wedges... saja pilih masakan western... tak terasa nak makan nasi... padahal sepanjang cuti ni jarang juga makan nasi ni... i think dalam 3, 4 kali je membaham nasi... ikut je la... janji makan... wedges okay, coleslaw tak berapa sedap sangat, tapi habis juga oleh saya... haha.. hainanese chicken chop ni, yang specialnya disalut dengan telur goreng lagi... and then, it have gravy sweet and sour... bagi saya rasanya biasa je... tapi bila anda makan ayamnya, memang sedap la... thumbs up! memang ayam rasamas ni sedap... yelah bayangkan je la, rasamas ni syarikat ayamas juga... siapa yang tak kenal syarikat ayamas yang menghasilkan produk berasaskan ayam yang sedap-sedap? yang ada rancangan masakan yang dihoskan oleh chef wan? mustahil tak sedap kan... nanti nak try menu lain pula la... nak tengok sedap ke tak... hehe...
lastly, back to hostel, bawa kucng naik lift... macam ni la orang yang takde kerja time cuti... haha... kesian tengok kucing-kucing ni tak makan lagi... so saja belikan diorang makanan sempena cuti seminggu ni... hee...
makan dengan bersungguh-sungguh... lapar la tu... |
muka kepuasan..puas ke? =P |
that's all...
banyak juga kan...
macam ni la kalau da membebel panjang...
thanks for reading this...
p.s. jangan tekan link rasamas malam-malam buta ni... saya tidak bertanggunggjawab di atas rasa kelaparan anda selepas melihat ayam panggang di homepage tu... haha...
Comments