mantan mpp

salam semua...
disebabkan calon2 majlis perwakilan pelajar(mpp) yang baru ni sedang giat berkempen...mpp yang lama pula telah dibubarkan...dengan ini,secara rasminya,saya bukan lagi bergelar mpp uitm perlis...tetapi mantan mpp.. macam tua la pula rasanya... agak berat juga nak melepaskan benda ni kerana tidak lagi dapat berbakti kepada mahasiswa dan mahasiswi uitm perlis... tapi rasa gembira juga sebab akhirnya tugas saya sudah selesai... alhamdulillah... tak apalah... selepas ini,saya bantu setakat yang saya mampu... mungkin tidak seperti dahulu tetapi tetap ada juga kan..





di dalam mpp, saya memegang portfolio sebagai penolong naib yang dipertua aduan kemudahan dan pengangkutan... secara amnya, tugas saya lebih kepada mendengar aduan pelajar dan menyuarakannya kepada pihak atasan... selain itu, saya juga memantau perkhidmatan pengangkutan yang telah disediakan untuk pelajar dan juga mengusulkan kepada pihak atasan jikalau ada perkhidmatan pengangkutan pelajar yang perlu ditambah atau diperbaiki.. selebihnya, saya banyak terlibat dengan program2 yang dianjurkan oleh mpp dan hal ehwal pelajar(hep) sendiri..

poster. cuba cari mana satu saya. =)


banyak yang saya dapat jadi mpp ni... bukan duit ye...kami tak ada elaun pun..kerja secara sukarela... saya tak pernah kisah pun...jadi mpp ni,tak payah berkirala...bagi saya la..kita jadi mpp pun sebab nak tolong orang kan... kalau berkira, macam mana ikhlas nak tolong orang.. saya ikhlas buat semua ni sebab saya seronok dapat bantu orang lain, seronok dapat kerja dengan orang dan seronok dapat berkenalan dengan orang lain.. bagi saya pengalaman ni, lebih berharga dari wang ringgit tu.. dan peluang pula bukan setiap hari datang..so, jangan sia2kn peluang yang ada..

gambar komersial saya..=P


di kesempatan ini, saya nak mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada mahasiswa dan mahasiswi uitm perlis yang banyak memberi sokongan dan kerjasama kepada kami pihak mpp..tidak lupa juga ucapan kepada staf2 dan pihak atasan uitm perlis yang sudi mendengar suara2 pelajar yang kami utarakan dan memberi kerjasama kepada kami...last but not least, saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan seperjuangan saya,mpp yang lain kerana sudi membantu dan memberi kerjasama kepada saya...terima kasih banyak2.. selain itu, saya juga ingin meminta maaf kepada semua jikalau saya ada tersilap kata dan menyinggung perasaan orang lain sepanjang saya menjadi mpp..kepada mahasiswa dan mahasiswi uitm perlis, saya ingin meminta maaf sekiranya ada lagi masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak mpp...sesungguhnya kami telah membuat segala yang kami termampu..dan tibalah masanya mpp yang baru untuk meneruskan perjuangan kami ini...berilah kerjasama kepada mereka..

dan,pesanan saya untuk calon2 mpp yang baru..semoga berjaya dan teruskan perjuangan anda..jikalau anda gagal,jangan risau,banyak lagi cara lain yang anda boleh lakukan untuk membantu uitm..banyak lagi peluang menanti..ambil peluang yang ada..kepada mahasiswa dan mahasiswi lain, selamat mengundi dan pilihlah calon anda...sekian..

thanks for reading this...hope u enjoy it...=)
p.s. saya tak sabar nak mngundi ni..tapi tak nampak lagi poster calon fakulti civil engineering..di manakah kalian berada?nak undi siapa ni?

Comments

Popular Posts