jumpa doktor..

salam semua...
da lama tak ada post baru kan..
sebab,start je kuliah,aku terkejar2 menyiapkan kerja yang sudah lama tertangguh...tu la,padan muka aku,suka sangat menangguh...ok,tak apala..janji kena settlekan la this sem juga..

nak dijadikan cerita,aku pun tak tau kenapa semalam aku tak sedap badan..bangun je pagi,rasa macam tak sihat...da la kelas baru start semalam kan...aish,tension betul aku...aku sebenarnya semangat la nak ke kelas...tapi da jadi macam ni,of course la malas nak ke kelas jadinya...kepala aku sakit kot..tak tau la kenapa..badan pula rasa sengal2..hmmh..sangat la tak best..tak apala..aku pun berharap esoknya,da ok da..nak tidur pun susah...maybe sebab cuaca kot...beberapa hari ni panas,malam pun panas...kipas tu aku da pasang yang paling kuat,macam nak terbang da bilik ni...tapi still panas,tak selesa...2 malam da susah nak tidur...

resultnya,pagi ini aku bangun dengan kepala yang berat dan pening2 pula tu... nak bangun dari katil pun susah..nasib kelas start 2.30petang..bila mengadap cermin,aku tengok muka aku,pucat,tak bermaya,mata merah and macam panda sebab bawah mata hitam...huhu~ datang ke office tadi,semua orang tegur,baru bangun tidur ke?ish,teruk sangat ke muka aku hari ini?aku nak jumpa doktor pun macam tak sempat,malaslah...da pukul 2.30petang tu,baru tau kelas cancel..adoiyai,tension betul...tinggal kelas 4.30petang lagi...tak apala..disebabkan geram sangat kelas kena batal,aku pun pergila klinik,jumpa doktor...
tengok2,dapat pula doktor yang selalu check aku..macam2 dia tanya aku..aku ingat dia da lupa aku da...dia ingat lagi aku ni mpp..dia ingat ke atau ada tertulis di kad rawatan aku tu?apa2la...dia tanya la sakit apa semua,aku bagitau la,pening dan rasa penat,nak berehat...aku pun bagitau aku susah nak tidur malam..tiba2 dia tanya...
ni ingat kat siapa ni tak boleh tidur?
bergaduh dengan boyfriend ek?
boyfriend mana?
tak ada boyfriend?
apa pula doktor ni...lebih2 la pula...aku menjawab pun tersengih2...banyak lagi solalan dia tanya aku..yang entah apa2 je...nak ketawa pun ada aku dengar....soalannya lawak tapi muka dia serius...dia check tekanan darah,heartbeat semua...dia cakap ok je tapi sakit kepala and susah nak tidur...so dia syorkan makan ubat selsema yang buat mengantuk tu,so that aku boleh tidur..dia also advice aku pergi buat aktiviti petang2,biar badan penat..masalahnya,aku ni mana ada waktu free sangat..whateverla...lastly,before keluar dari bilik doktor tu,dia tanya,
do u need mc?
aku pun mengangguk laju,of course!aku mau tidur di bilik...
i need mc for my 4.30 class..
dia pun,tulis la mc untuk aku and dia tambah lagi...
ni mesti ada something,tapi tak mau bagitau...
ai,doktor ni..geram aku..aku sengih je la..da aku sakit,nak buat macamana..maybe the weather kot...and then aku balik bilik...rehat2 je,tapi takut nak tidur,nanti tak boleh tidur malam la pula..

aku harap esok da okla...esok kena bangun awal,ade lab survey, kerja luar kelas kat panas terik...tak kisah pun berpanas dan berhujan...da memang kerja aku macam tu...tapi kalau sakit lagi,of coursela tak boleh...kesian groupmate aku yang lain kalau aku tak ada...takpela...doa banyak2..hopefully da baik dari sakit...amin~
thanks for reading guys..=)

Comments

Popular Posts