the blog owner

hi there!
yeah, you over there...i write about my life in this blog..just expressing my feeling and share stories with others here..so, feel free to read my blog anytime and leave some comments or just say hi here...thanks for reading...=)




Monday, July 16, 2012

puasa dan kencing manis

salam semua...
apa khabar semua? sedar tak sedar tinggal kurang dari seminggu lagi nak puasa.. teringat pula kata-kata penceramah diskusi ramadhan semalam, 
'orang selalu lupa atau tak nampak ramadhan, semua nampak 1 syawal ja'
anda macam tu ke? ada juga kan...biasala tu... saya pun sama.. kita ni kadang-kadang perlu diingatkan.. saya juga ingin mengingatkan diri sendiri.. jangan lupa bulan ramadhan yang penuh dengan rahmat ni.. kita tak tahu lagi kita akan bertemu lagi ke bulan ramadhan ni kan... so jangan sia-sia kan peluang yang ada...

apa ni, puasa pun tak lagi, da cakap-cakap pasal puasa... lepas tu apa kena-mengena pula dengan kencing manis? haha... jangan risau... saya sihat walafiat lagi.. cuma boleh dikatakan silap hari bulan boleh jadi kencing manis sebab terlampau banyak minum manis.. kenapa banyak minum manis pula puasa-puasa ni? sebab saya bakal jadi taukeh air sepanjang bulan puasa ni... tiba-tiba pula berbisnes jual air puasa ni... entah dari mana datang ilham.. sepupu ajak, kebetulan cuti dua bulan menganggur.. apa salahnya bisnes.. dapatlah menggunakan skill-skill yang telah dipelajari dalam subjek entrepreneurship/keusahawanan yang pernah saya ambil masa diploma dulu..tak sia-sia belajar... :)

gambar dari encek google

pening juga kepala planning bisnes.. ini baru jual air kat bazar ramadhan.. belum lagi tubuhkan syarikat ke... tak apa, belajar dari bawah kan.. first experience ni.. agak takut juga... tapi nak berniaga kenalah berani ambil risiko kan.. dah adat berniaga.. harap-harap perniagaan berjalan lancar sepanjang ramadhan ni... insyaallah.. 

dan kalau air tak habis dijual, untuk mengurangkan probability menghidap kencing manis, kedua-dua taukeh telah bersetuju untuk menyedekahkan air-air tersebut ke surau sahaja.. kan itu lebih baik... kami pun tak larat da nak minum.. so, insyaallah tak kencing manis kot saya... hehe...

inilah hasil dari air jagung yang kami dah tak larat nak minum. siapa nak? hehe... :P

sekian, terima kasih kerana sudi membaca..

p.s. kurangkan manis dalam minuman lebihkan manis dalam senyuman.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click here! =)