the blog owner

hi there!
yeah, you over there...i write about my life in this blog..just expressing my feeling and share stories with others here..so, feel free to read my blog anytime and leave some comments or just say hi here...thanks for reading...=)




Wednesday, September 14, 2011

Berkawan : ikut taraf?

salam semua..
apa khabar? bagaimana hari anda? seronok tak? saya, alhamdulillah semuanya okay... hari ni cuma mendengar taklimat dan lawatan di fakulti... boring pn boringlah... just follow the flow... sehari je pun... makan pun free, tak payah nak keluar duit... :)

ni nak cerita sikit la... saya pelik betul dengan seorang hamba allah ni... kenal dia ni masa cuti hari tu... saya masa cuti hari tu bekerja, jadi cashier di sebuah pasaraya kat sabah... kebetulan hamba allah ni pun bekerja sekali dengan saya... kira rakan sekerja la...

masa mula2 masuk, faham-faham la... malu-malu kucing.. hehe... yelah, tak kenal sesiapa lagi masa tu.. kerja sana pun sendiri, tak ada bawa kawan sekali.. nak cerita lebih-lebih malasla... nanti orang cakap saya cakap besar pula... jadi, kalau orang tanya saya jawabla kan...kalau tak tanya, tak adala nak cerita... mula-mula masuk semua orang ingat saya ni 18 tahun... mak aih, mudanya... nampak sangat saya ni awet muda... haha... ignore okay kata-kata saya tadi tu... nanti you all termuntah pula dengar... haha... bila ditanya,  saya jawab 21 tahun, macam tak percaya pula... nak buat macam mana, da awet muda... haha... tak ada la, selalunya kan yang masuk kerja part time camtu budak-budak baru habis spm... diorang pun ingat saya baru habis spm la... :)

saya berkawan je dengan semua orang... diorang ni pun maybe tak ada la sangka yang saya ni lepasan universiti.. baru habis diploma la katakan... tapi bila dah ada yang tahu tu, dah jadi lain sikit... tapi bukan saya sengaja bercerita... bila ditanya saya jawab  la... ini pun certain orang je yang tahu... alhamdulillah, mostly okay je dengan saya...



cuma seorang hamba allah ni la... ish, rimas dibuatnya... saya kawan macam biasa je dengan dia, macam dengan orang lain... tapi asyik buat touching pula kononnya saya ni tak setaraf dengan dia... huh!?? bercerekarama pula dia ni.... dia ingat ini zaman dulu-dulu ke? dia ingat ini di indon ke? (teringat kata-kata mak angkat saya, orang indon tapi bekahwin dengan orang sini.. katanya, di malaysia ni bagus, tak kisah kahwin kaya dengan miskin... kiranya tak kisah pasal taraf ni)... ada taraf-taraf segala... saya pun bekerja dengan diorang... mana ada beza, sama-sama penat, gaji pun sama ja... ish, tak faham betullah... ada juga orang yang berfikiran macam ni kan... saya tak pernah memandang rendah pada sesiapa... kerja apa pun saya tak kisah, janji itu rezeki yang halal la... jangan pula kerja asyik menipu orang ja, buat apa... 

lagi satu, tak semestinya budak lepasan universiti je boleh berjaya... semua orang boleh berjaya... terpulang pada usaha masing-masing... rezeki tu ada di mana-mana... sama ada kita nak ke atau tak.... so, kenapa nak ada taraf-taraf pula ni? umur muda lagi tapi berfikiran macam tu... macam mana nak maju? sepatutnya berkawan la dengan orang-orang yang berjaya supaya dapat la menambah pengetahuan untuk memajukan diri sendiri... ini tidak... ish, ish, ish... apa nak jadi?

ada juga rakan-rakan sekerja saya yang sebenarnya tak ada haluan lagi... tak tahu nak buat apa dalam hidup ni... kesian jugak... takkanlah nak bekerja jadi cashier sampai tua? penatla kerja macam tu.. macam tak ada life... bagi saya la... bukan memandang rendah ek...just kesian... ada yang saya tengok masih muda, macam ada lagi semangat nak study, saya suruh la apply uitm and politeknik... yang saya tengok macam tak nak study da, saya cadangkanlah cari kerja yang tetap macam kerani ke... okay la sikit kan... 



tapi saya kesian kat satu budak ni, sekolah pun tak habis lagi, umur baru 16 tahun tapi da bekerja... saya tanya kenapa tak habiskan sekolah... katanya dia malas... aduiyai, ayah dia pun tak kata apa... nak buat macam mana lagi... tapi saya sudah pesan dengan dia, kalau boleh ambil la peperiksaan spm tu... bukanlah nak dia dapat straight A... asal ada... kalau tak ada, susah masa depannya... maybe sekarang, yelah, ada kerja... masa akan datang, siapa yang tahu? saya tengok yang saya apply kerja part time ni, semua nak result spm.. tak tahulah macam mana dia boleh lepas... tapi she's a very good cashier, sangat pantas membuat kerja (scan and pack barang), kira duit pun memang cepat je... mula-mula tengok dia kerja, tergamam sebentar, very professional...  mula-mula saya ingat she's 18 tahun... tapi dia childish sikit... dapat dilihat kalau dia ketawa.. dia memang tak boleh tahan ketawa... kadang-kadang depan customer pun selamba je ketawa kuat-kuat... hehe... boleh je tapi kena tengok customer juga.. kalau kena customer yang sensitif, silap-silap kena marah balik... :P

oklah, that's all for now...
nanti cerita lagi...
have a nice day guys!
thanks for reading... :)

p.s. nak kena balik kedah pula, ambil barang... tersangatlah malas.. tapi da buku dan nota tak ada... huhu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click here! =)