bahasa sabah

salam semua...
how was your weekends? saya banyak bermalasan je... haha... apala nak jadi dengan kau ni azreeyah, orang pergila belajar time cuti-cuti macam ni... tak apa, apa salahnya beristirehat setelah penat memerah otak semasa kelas kan... kononnye la... haha... ok, ignore about that.. hari ni nak cerita lain...

tadi, adalah salah seorang kenalan saya semasa diploma dulu, private message saya di facebook... pelik juga,sebab dia jarang message saya... rupa-rupanya nak bertanyakan sesuatu... katanya dalam klasnya yag sekarang ni ramai budak sabah... dia minta saya ajar cakap sabah.. saya pun cakapla, mintala dorang ajar... nak ajar dari jauh macam susah kan... dia cakap dorang tak nak ajar... lepas tu katanya nak tahu juga kalau dorang ada kutuk dia ke tapi dia tak faham... hai, ke situ pula fikirannya.. apa-apa je la kan... so, saya pun bagilah aricle yang saya jumpa di wikipedia berkenaan bahasa sabah... boleh klik sini kalau nak tengok... :)

marilah saya bercakap sedikit tentang bahasa sabah ni... bahasa melayu sabah ni sebenarnya lebih kurang ja dengan bahasa melayu biasa... cuma cara penggunaan, percakapan dan slang yang berbeza... terdapat juga perkataan yang berbeza.. bahasa melayu sabah juga dipengaruhi oleh tempat... terdapat tempat yang bahasa mereka dipengaruhi oleh bahasa brunei dan bas filipina... kalau saya sendiri, disebabkan ayah saya berbangsa melayu brunei, percakapan keluarga ayah saya lebih kepada bahasa brunei... sebelah mak saya pula, disebabkan dia berbangsa jawa, percakapannya lebih kepada bahasa jawa, lebih kurang macam indon pun ada... even datuk saya, yang saya panggil kakek memang bercakap macam orang indon... anak-anaknya je cakap bahasa melayu biasa tapi faham la juga bahasa jawa kan... saya pula, disebabkan tinggal di kawasan bandar, lebih banyak bercakap bahasa melayu sabah biasa sahaja... tapi masih fahamlah bahasa brunei and jawa ni... kadang-kadang perkataan dari bahasa brunei dan jawa ni kami gunakan juga bersama bahasa melayu sabah...

perkataan yang biasa digunakan dalam bahasa melayu sabah dan maksudnya :
1. bida  - buruk
    cth : ish, bida nya baju kau.

2. bubut - kejar
    cth : jom kita main bubut-bubut (main kejar-kejar)

3. palui - bodoh
    cth : palui punya orang. 

4. limpas - lalu
    cth : boleh saya limpas? ( lebih kurang macam tumpang lalu la)

5. sandi - teruk
    cth : sandi juga kau ni. (teruk la kau ni)


saya bagi 5 je la... yang sangat-sangat common... yang seterusnya pula perkataan dari bahasa brunei tapi selalu juga digunakan dalam bahasa melayu sabah biasa.. 

1. sungkai - buka puasa

2. kuyuk - anjing

3. kepayas - betik/papaya

yang saya kenal pasti ini la.. padahal  banyak lagi ni... kadang-kadang ada juga perkataan brunei yang saya pun tak tahu maksudnya... banyak sangat la... ini belum lagi masuk bahasa kadazandusun... saya pun tak tahu sangat bahasa kadazandusun ni... sikit-sikit tau la... 

lastly, i love sabah!

thats all for now...
tak larat la saya hari ni...
thanks for reading...
have a great weekends... :)

p.s. badan sakit-sakit setelah berjoging dari uitm ke tasik seksyen 2... adui~

Comments

inna_risna said…
boleh bha klo ko...hehe!
baguslah tu,at least dorang tahu jg serba sedikit bhasa sabah nie...

Popular Posts