tangga

salam semua!
bagaimana dengan hari anda? saya harap semuanya okay... :) saya pun alhamduillah okay je...  hari ni pun ada satu kelas je : sejam... kelas seketul di awal pagi... sangat malas tapi takut pula kalau tak hadir... teringat pula kata penceramah hari tu : "saya sanggup dipenjarakan daripada bertemu dekan"... itulah juga apa yang saya rasa... so, tak payah nak mengada nak ponteng-ponteng kelas meskipun telambat bangun tadi.. haha...

cerita pasal lambat, beberapa hari ni pun lambat tapi tak selambat hari ini... faham-faham la bila kelas nak start da, baru la semua orang sampai and kalut nak pergi kelas... sampai je dekat bangunan fakulti, tunggu lift, mak aih... banyak kot orang... itulah yang terjadi sepanjang minggu pada diri ni... da la lift lembap(kadang-kadang sampai 10minit tunggu lift je) sebab canggih sangat... you should see for yourself lift dia macam mana... eventough canggih sebab pelik : nombor kena tekan kat luar lift, dalam lift cuma ada butang buka and tutup pintu lift and loceng kecemasan...  lagipun kena tambah la lift kat situ tu... lift berapa ketul je, yang nak naik nye dalam sehari, ramai kot terutamanya prime time...

semalam pula, sampai depan lift ada dalam 10 minit sahaja lagi kelas nak start... nasib memang tak baik semalam: lift rosak... cuba teka kelas i tingkat berapa? cepat teka... nanti i upah coklat sekeping... jawapannya : jeng, jeng, jeng... tingkat 7.... da kelam kabut, terpaksa la menapak tangga sehingga ke tingkat 7...


kalau anda perasan la kan, kebanyakkan sekolah, hostel or bangunan sempamanya yang paling tinggi pun 4 tingkat... anda tahu kenapa? sebab kalau anda naik tangga, by the 4th floor, anda akan semput gila la... sebab itulah bangunan yang lebih daripada 4 tingkat mestilah mempunyai lift... ini pun an engineering fact, kata budak civil, mesti tahu la kan... :)  rasanya engineer ni da try dulu kot before applying that rule... saya pun da try... taubat tak nak da naik tangga sampai tingkat 7 or 8 lepas ni... you all don't try this at home ye.. or anywhere la... buat penat je... tapi kalau for exercise purpose, baguslah... :)

saya nak kongsi la juga on trick supaya tak cepat penat naik tangga... mana la tahu ada yang nak pergi ke batu caves ke, nak naik tangga batu caves tu... trick ni memang effective la... orang yang nak daki gunung kinabalu pun guna trick ni... :o  senang je... anda naik tangga secara zig-zag... bila anda naik tangga macam tu, anda dapat kurangkan penggunaan tenaga untuk mengangkat kaki anda berbanding jika anda naik tangga seperti biasa... kiranya kalau anda naik tangga dengan cara zig-zag takdelah anda mengangkat kaki setinggi anda mengangkat kaki untuk menaiki tangga seperti biasa... angkat kaki tu yang guna tenaga banyak sampai semput... so, kuranglah penggunaan tenaga di situ.. kuranglah semput sikit... haha... :)

naik tangga secara zig-zag... macam arrow tu...
that's all for now guys...
thanks for reading...
see you in next post...
till then, take care.. :)

p.s. nak bersiap2...nak pergi jamuan raya uitm... makan free... wee~~

Comments

~ ika popo ~ said…
iye..aku dah merasakn kesemputan itu! huhu
rieyaawgazli said…
haha...
kan kte mdaki tangga sme2...

Popular Posts