the blog owner

hi there!
yeah, you over there...i write about my life in this blog..just expressing my feeling and share stories with others here..so, feel free to read my blog anytime and leave some comments or just say hi here...thanks for reading...=)




Thursday, February 24, 2011

hari ini

salam semua....
sebenarnya terbangun dari tidur disebabkan pakcik mengcall saya tengah2 pagi buta... sejak bila pula saya tidur awal ni? haha... tak adalah.. saya tersangat la penat hari ni... buat survey hari ni, tapi tak tau lah kenapa asyik serba tak kena je hari ni... ditambah pula dengan kekecewaan seperti yang saya tulis dalam entry sebelum ni... sampai sahaja di bilik, saya tulis entry and terus terlelap, meninggalkan dunia ini sementara... haish...

kenapa ek pakcik call pukul 3 pagi? bukan untuk bergayut ye... dia tanya pasal air asia... saya dengan mamai nya, bertanya kenapa... tapi end up kena marah... sebab pakcik nak cepat.. haha.. padan muka saya, banyak tanya sangat.. nasiblah ada internet ni, carilah nombor contact air asia... tapi masalahnya, nombor tu bukan 24hours... so, disebabkan i sense yang mesti ada someone yang ada emergency and need to go back home as soon as possible.. saya pun cadangkan supaya pergi je low cost carrier terminal, lcct tu.. and buy the tickets there.. lagipun air asia tak ada flight domestic pagi2 buta macam ni... dia akan start awal pagi (around 7am) and end tengah malam.. insyaallah ada je ticket flight buat masa ni... sebab sekarang bukan musim perayaan pun.. 

air asia lat - pernah naik kapal yang ni... i think dari alor star ke KL, masa tu i was travelling alone.. suka kapal ni, cantik.. =)


dah tenang2 semua, baru dia call saya balik... and bagitau kenapa... dia kan tengah lawatan kelas ke KL...ada kawan dia tu, ayah dia meninggal and dia need to be home as soon as possible, which is alor star... hmmh... kesian juga.. harap2 perjalanan dia ok... sebab ada kawan saya cakap the other day, complicated sikit sekarang ni nak check in air asia for flights within peninsular malaysia... dia buat system baru untuk check in luggage.. agak memeningkan... kawan saya tu yang memang da biasa naik flight tu.. kalau tak biasa, tak tahulah saya.. takpelah, still hoping perjalanan dia berjalan lancar... sedekahkan al-fatihah kepada arwah ayahnya...

mendengar tentang perkara itu, saya terus teringat mak ayah saya yang berada di sabah.. hopefully everything is allright... nanti awal pagi nak call mereka la... rindu pada mereka... sebenarnya semalam selepas habis kelas 6.30 petang tu nak call... tapi its not a suitable time, di sabah tengah maghrib masa itu... lepas balik bilik tu, tengok2 da tertidur.. ish, apa da..

lasty, before letak telefon tadi, pakcik minta maaf sebab marah saya tadi... tapi sebenarnya saya tak sedar pun dia marah bila... tengah mamai lagi masa tu... haha... yang saya tahu dia nak cepat la... tak ambil hati pun la... benda kecil je..

till then, thanks for reading this...=)
p.s. masih mengantuk lagi sebenarnya.. tapi tak boleh tidur balik... i end up blogwalking... =P

2 comments:

Eel said...

air asia skrg ada offer oowh, bagus book cepat2~~

azreeyah awg azli said...

mak ayah da suruh book...
tapi x tau lagi nak balik bila...
huhu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click here! =)